Cara Melabur dalam Unit Trust

My Trust Invest Cara Melabur Unit Trust

Pelaburan jangka masa sederhana dan panjang untuk mengembangkan simpanan melalui unit trust adalah cara yang mudah, selamat dan menguntungkan. Ketahui cara & kaedah yang betul untuk melabur didalam unit trust supaya pelaburan dapat dibuat dan diuruskan dengan strategi baik.

Matlamat Pelaburan

Pelaburan didalam unit trust sesuai untuk pelaburan jangka masa sederhana (3-5 tahun) atau jangka masa panjang (5 tahun keatas). Pelaburan didalam unit trust mestilah mempunyai tujuan yang ingin dicapai. Letakkan matlamat anda.

Tetapkan Jumlah Tabungan, Tujuan Pelaburan, dan tempoh masa yang jelas untuk pelaburan tersebut.

Tanpa 3 komponen tersebut, kemungkinan besar pelaburan anda tidak akan tercapai.

Ambil masa, buat kira-kira dan tulis dengan jelas tentang matlamat pelaburan anda tersebut supaya anda akan memcapai matlamat tersebut seperti yang telah ditetapkan.

Contoh matlamat pelaburan yang jelas adalah seperti berikut.

MatlamatTabung Pendidikan Anak
Jumlah TabungRM 50,000
Tempoh Masa15 Tahun

Daripada matlamat tersebut, jelas bagi anda berapa yang anda ingin capai daripada pelaburan anda dan tempoh masa yang anda ingin ambil untuk mencapainya.

Semak Toleransi Risiko

Selepas anda membuat ketetapan didalam matlamat pelaburan unit trust anda, pastikan anda semak terlebih dahulu toleransi risiko anda terhadap risiko yang ada didalam pelaburan unit trust.

Semak Toleransi Risiko disini

Tolerasi diri anda terhadap risiko pelaburan cukup penting, supaya anda membuat pelaburan didalam dana unit trust yang sesuai dengan tahap toleransi risiko anda.

Jika anda membuat pelaburan didalam dana yang luar dari tahap risiko anda, kemungkinan besar anda akan membuat keputusan yang salah didalam keadaan-keadaan yang tertentu yang akan menyebabkan anda kerugian.

5 tahap toleransi risiko yang ditetapkan adalah:

  • Defensive
  • Conservative
  • Balanced
  • Growth
  • Aggresive

Setiap tahap toleransi risiko adalah cukup berbeza bagi setiap orang. Toleransi risiko berkait dengan emosi pelabur, tahap jangkaan pulangan, tahap jangkaan kerugian dan tempoh masa pelaburan yang dibuat.

Cara Membuat Pelaburan dalam Unit Amanah

Selepas selesai anda mengenalpasti tahap toleransi risiko anda, tiba masanya anda mengetahui cara-cara untuk melabur didalam unit amanah.

Terdapat banyak dana unit amanah dipasaran, dan diuruskan oleh pelbagai syarikat pengurusan unit amanah (UTMC).

Diantara syarikat pengurusan unit amanah swasta yang ada dipasaran adalah Public Mutual yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Untuk melabur didalam dana unit amanah yang anda inginkan, perlulah dibuat terus melalui syarikat unit amanah tersebut ataupun melalui syarikat pengedar dana unit trust.

Jika anda ingin membuat pelaburan unit trust melalui syarikat Public Mutual Berhad, anda boleh buka akaun Public Mutual secara online sahaja dan semua transaksi pelaburan termasuk jual, beli dan penukaran dana boleh dibuat secara online tanpa perlu ke cawangan Public Mutual.

Cara Melabur Unit Trust Public Mutual

Setiap syarikat pengurusan unit trust (UTMC) mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Bagi syarikat Public Mutual Berhad, ada beberapa kelebihan yang utama antaranya:

Peneraju Industri

Public Mutual No.1a dalam unit amanah dan Skim Persaraan Swasta (PRS)

JENAMA YANG KUKUH

Pemenang Reader’s Digest Trusted Brand Platinum Award 2020 untuk kategori Syarikat Dana Pelaburan di Malaysia.

PELBAGAI DANA

Menawarkan lebih daripada 145 Dana Konvensional dan berlandaskan Syariah untuk memenuhi keperluan pelaburan anda.

a Dari segi jumlah saiz dana yang diuruskan antara syarikat unit amanah swasta dan penyedia PRS di Malaysia.
Sumber: The Edge-Lipper, 22 Jun 2020.

Untuk membuat pelaburan dalam unit trust dibawah Public Mutual, anda boleh mulakan dengan mendaftar akaun Public Mutual Online (PMO) secara percuma.

Cara Daftar Public Mutual Online

Ikuti langkah-langkah pendaftaran tersebut sehingga selesai.

Pastikan anda berhubung dengan perunding unit trust kami dengan mengisi nama dan no telefon dibahagian bawah panduan tersebut, supaya anda mendapat khidmat perunding untuk membantu dan memantau pelaburan anda.

Cara Melabur Unit Trust Sendiri

Apabila anda memulakan pelaburan di Public Mutual, anda boleh menguruskan akaun dan melabur unit trust dengan sendirinya melalui Public Mutual Online.

Perunding unit trust bagi akaun Public Mutual anda akan memberikan khidmat rundingan dan pandangan yang sesuai dengan objektif pelaburan anda.

Diantara khidmat perunding unit trust adalah memberi pandangan dan cadangan dalam:

  • Menetapkan objektif pelaburan
  • Membuat portfolio pelaburan
  • Membuat keseimbangan portfolio
  • Membantu proses pelaburan
  • Berkongsi maklumat ekonomi semasa

Akaun pelaburan anda tidak terikat pada perunding unit trust anda. Anda bebas untuk menguruskan akaun pelaburan anda sendiri jika anda mempunyai masa untuk memantau pelaburan anda dengan kerap.

Jika anda sudah buka akaun dibawah Public Mutual dan mempunyai akaun Public Mutual Online, boleh mula melabur didalam mana-mana dana yang diingini. Boleh klik link dibawah.

Bagaimana Mulakan Pelaburan melalui Public Mutual Online

Tempoh Pelaburan Unit Trust

Membuat pelaburan adalah berkaitan dengan tempoh masa sederhana atau panjang melebihi 5 tahun untuk mengembangkan simpanan yang kita ada.

Pastikan anda jelas dengan matlamat pelaburan dan realistik dengan matlamat tersebut.

Kuasai dan dalami ilmu pelaburan yang betul dan tersusun supaya pelaburan yang anda buat berada didalam tahap risiko yang sesuai dengan anda.

Jika anda ingin dapatkan maklumat tambahan atau mempunyai persoalan mengenai unit trust yang masih anda kurang jelas, boleh masukkan nama dan no telefon anda untuk perunding unit trust kami yang berdaftar dengan FiMM memberikan maklumbalas.

No Fields Found.

Diharap perkongsian My Trust Invest mengenai Cara Melabur dalam Unit Trust ini memberikan sedikit sebanyak pencerahan kepada anda dalam memulakan pelaburan dalam Unit Trust.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

My Trust Invest Telegram

Dapatkan info terkini dana unit amanah dan berita pasaran saham semasa dalam telegram channel My Trust Invest secara percuma.

No Fields Found.