Portfolio allocation adalah proses membuat pembahagian dana pelaburan kedalam 3 komponen instrumen pelaburan yang utama iaitu:

  • Pasaran Wang
  • Bon / Sukuk / Pendapatan Tetap
  • Ekuiti

Pasaran Wang

Pasaran wang atau Money Market adalah instrumen pelaburan jangka pendek dan aset mudah cair seperti didalam Bil Perbendaharaan, Perjanjian Pembelian Semula, Perakuan Deposit dan Kertas Komersial.

Bon / Sukuk / Pendapatan Tetap

Bon atau Sukuk (patuh syariah) adalah instrumen pelaburan yang dipanggil instrument pendapatan tetap. Instrumen ini mempunyai pulangan tetap dan pergerakan harga pasaran yang lebih stabil daripada pasaran ekuiti.

Ekuiti

Pasaran ekuiti ataupun pelaburan langsung didalam pasaran saham tempatan ataupun luar negara terutama di US dan China. Ekuiti mempunyai potensi pulangan yang cukup tinggi dengan kadar pergerakan harga pasaran yang lebih tinggi berbanding bon / sukuk.

Pembahagian ini penting untuk memastikan matlamat pelaburan tercapai dengan pulangan dan prestasi yang stabil.

Asas Pembahagian Dana Pelaburan

Terdapat beberapa cara untuk membuat pembahagian didalam instrumen pelaburan yang ada sesuai dengan matlamat pelaburan. Diantara cara yang mudah adalah menggunakan Formula Umur.

Cara mudah menggunakan formula umur adalah 100 tolak dengan umur semasa. Baki adalah peratusan yang sesuai untuk melabur didalam ekuiti. Selebihnya diletakkan didalam dana pendapatan tetap. Dibawah adalah contoh kiraan.

  1. Umur 25 Tahun
    = 100 – 25
    = 75 %
    Jadi, 75% pelaburan boleh dibuat didalam ikuiti dan baki 25% didalam pendapatan tetap.
  2. Umur 35 Tahun
    = 100 – 35
    = 65 %
    Jadi, 65% pelaburan boleh dibuat didalam ekuiti dan baki 35% didalam pendapatan tetap.
  3. Umur 45 Tahun
    =100 – 45
    =55%
    Jadi, 55% pelaburan boleh dibuat didalam ekuiti dan 50% didalam pendapatan tetap.
  4. Umur 55 Tahun
    =100 – 55
    =45%
    Jadi 45% pelaburan boleh dibuat didalam ekuiti dan 55% didalam pendapatan tetap.

Daripada pembahagian tersebut, asasnya adalah tempoh masa yang ada untuk seseorang membuat pelaburan didalam ekuiti yang mana memerlukan tempoh masa yang sesuai untuk mendapatkan keuntungan yang tinggi dan konsisten.

Pelaburan didalam ekuiti boleh dipecahkan kepada beberapa jenis dana ekuiti yang mempunyai pendedahan terhadap beberapa jenis risiko mengikut penilaian risiko individu.

Untuk maklumat lanjut, boleh baca mengenai Risk Exposure

Itu adalah salah satu cara yang mudah untuk membuat pembahagian bagi dana pelaburan ataupun disebut Asset Allocation berdasarkan usia pelabur.

Tetapi, terpulang kepada pelabur untuk mengurangkan atau melebihkan peratusan didalam mana-mana bahagian bergantung kepada tahap penerimaan risiko masing-masing.

Anda ingin dapatkan penjelasan lanjut berkenaan porfolio allocation ataupun ada sebarang persoalan, anda boleh berikan nama dan no telefon untuk berhubung dengan perunding unit amanah kami.

Haris My Trust Invest

Numbers Speak

Years Experience
1
Unit Trust Funds
1
Account Holder
1 M
Net Asset Value
1 B

Public Mutual Berhad

My Trust Invest Telegram

Dapatkan info terkini dana unit amanah dan berita pasaran saham semasa dalam telegram channel My Trust Invest secara percuma.