Pelaburan KWSP Akaun 1

Ramai yang bertanya, bagaimana untuk buat pelaburan menggunakan simpanan KWSP Akaun 1 ? Apa proses dan prosedur yang diperlukan untuk menggunakan KWSP Akaun 1 tersebut untuk dilaburkan didalam pelaburan yang lain?

Secara asasnya, Pelaburan KWSP Akaun 1 adalah satu inisiatif daripada KWSP dibawah Skim Pelaburan Ahli KWSP (EPF-MIS) bagi ahli KWSP yang layak untuk membuat pelaburan sebahagian daripada simpanan KWSP kedalam dana yang diluluskan oleh pihak KWSP dengan Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik.

Disini, kami kongsikan kepada anda beberapa perkara penting berkaitan Pelaburan KWSP Akaun 1 yang perlu anda tahu dan faham.

Institusi Pengurusan Dana (IPD)

Pelaburan KWSP Akaun 1 hanya boleh dibuat dengan institusi pengurusan dana (IPD) yang dilantik sahaja. Selain daripada IPD yang dilantik, skim ini tidak boleh dipohon oleh ahli KWSP.

Berkuatkuasa 1 April 2020, terdapat 37 dana dan 20 institusi pengurusan dana untuk tempoh 2020/2021 yang diluluskan oleh pihak KWSP dibawah skim ini. Dana-dana yang diluluskan telah melepasi penarafan dan kriteria KWSP dibawah skim ini. Rujuk disini.

Diantara institusi pengurusan dana yang diluluskan oleh KWSP adalah syarikat Public Mutual Berhad. Terdapat kira-kira 21 dana yang diuluskan dibawah Public Mutual Berhad untuk skim ini.

Manfaat Pelaburan KWSP Akaun 1

Antara yang boleh dimanfaatkan oleh Ahli KWSP melalui skim ini adalah:

PELBAGAIKAN PELABURAN

Mempelbagaikan pelaburan melalui dana luar negara dan domestik terpilih.

OPTIMUMKAN SIMPANAN

Peluang untuk mengoptimumkan simpanan KWSP anda.

TANPA TUNAI

Tidak memerlukan wang tunai. Pelaburan akan dibuat terus daripada Akaun 1 KWSP anda.

PELBAGAI DANA

Pelbagai dana unit amanah yang layak di bawah Skim Pelaburan Ahli KWSP.

Potensi Pulangan dan Risiko Pelaburan

Sebelum anda membuat sebarang pelaburan didalam mana-mana dana, pastikan anda meneliti dengan baik potensi pulangan dan juga risiko pelaburan yang ada selain daripada rekod prestasi dana yang lepas.

Prestasi dana yang lalu tidak memberikan jaminan kepada prestasi dana untuk masa hadapan.

Diantara perkara penting didalam pemilihan dana yang sesuai untuk anda, pastikan dana tersebut sesuai dengan tahap toleransi risiko anda. Semak tahap toleransi risiko anda terlebih dahulu. Jangan melabur hanya semata-mata melihat kepada potensi pulangan sahaja.

Dana yang tidak sesuai dengan tahap toleransi risiko anda dan pengetahuan anda didalam dana-dana berisiko tinggi akan menyebabkan pelaburan anda tidak memberikan pulangan seperti yang diingini dan boleh memberikan tekanan kepada anda untuk membuat keputusan yang salah.

Kelayakan Pelaburan KWSP Akaun 1

Apakah kelayakan untuk membuat pelaburan KWSP Akaun 1 ini?

  • 30% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 boleh dilaburkan.
  • Pelaburan minimum adalah RM1,000.

Jumlah Simpanan Asas boleh dirujuk di jadual dibawah.

Contoh:
Jika anda berumur 30 tahun dan mempunyai RM45,000 didalam Akaun 1, pengiraan jumah pelaburan yang dibenarkan adalah:

Lebihan Simpanan (A) :
= RM45,000 – RM35,000 (Simpanan Asas untuk umur 30 tahun)
= RM10,000

Jumlah pelaburan dibenarkan:
= Lebihan simpanan (A) x 30%
= RM10,000 x 30%
RM3,000

Jadi, jumlah pelaburan yang dibenarkan maksimum adalah RM3,000.

Anda boleh gunakan EPF Investment Calculator untuk membuat kiraan untuk anda.

Proses Permohonan Skim Pelaburan Ahli KWSP

Untuk membuat pelaburan melalui skim ini, pastikan akaun 1 anda mempunyai jumlah simpanan yang mencukupi untuk dikeluarkan.

Secara mudahnya, proses permohonan adalah:

  1. Hubungi perunding unit amanah (PUA) yang berdaftar, contohnya PUA Public Mutual dan nyatakan tujuan anda untuk memohon skim ini.
  2. Perunding akan memberikan anda borang 9N beserta Borang Pelaburan KWSP.
  3. Isi borang yang diberikan dan sertakan salinan IC anda.
  4. Hantar kepada PUA untuk proses permohonan.
  5. Apabila permohonan anda diluluskan, anda akan dapat lihat akaun pelaburan anda dikreditkan oleh KWSP dari Akaun 1 anda.

Jika anda berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai skim ini, ataupun sebarang pertanyaan mengenai pelaburan didalam dana unit amanah yang diluluskan oleh KWSP, boleh isi nama dan no telefon anda untuk perunding unit amanah berdaftar menghubungi anda.

No Fields Found.

Pelaburan KWSP Akaun 1 ini memberikan peluang yang besar untuk ahli KWSP memaksimumkan simpanan persaan masing-masing. Gunakan sebaiknya untuk mencapai matlamat persaraan anda supaya kehidupan selepas persaraan anda selesa.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

My Trust Invest Telegram

Dapatkan info terkini dana unit amanah dan berita pasaran saham semasa dalam telegram channel My Trust Invest secara percuma.

No Fields Found.