Rahsia Duit Bekerja Untuk Kita

Duit Bekerja untuk kita | Mudah & Selamat | My Trust Invest

Tahukah anda, selepas daripada kita bekerja untuk mendapatkan duit, duit tersebut boleh kembali bekerja untuk kita.

Betul ke?

Tipu ni !!!

Kita semua berusaha bersungguh-sungguh dan berpenat lelah mencari rezeki untuk memenuhi keperluan hidup kita dan keluarga.

Kita juga perlu tahu dan mendalami dengan betul-betul, bagaimana duit yang sudah kita dapat hasil titik peluh kita seharian, sebahagiannya dapat digunakan sebaik mungkin untuk keperluan hidup kita sekarang dan sebahagiannya lagi dapat kita gunakan untuk bekerja bagi pihak kita.

Orang miskin dan kelas menengah bekerja untuk duit. Orang kaya mempunyai duit yang bekerja untuk mereka.

Robert Kiyosaki

Jadi, apakah rahsia duit bekerja untuk kita?

Rahsianya adalah dengan MELABUR.

Instrumen Pelaburan

Sekarang, kita tahu rahsia untuk duit bekerja bagi kita adalah dengan MELABUR, tapi ke mana kita perlu laburkan sebahagia daripada pendapatan kita?

Terdapat beberapa instrumen pelaburan yang bagus, dipercayai dan sah untuk kita buat pelaburan, dan pastikan pelaburan kita tersebut menukarkan duit kita kedalam bentuk ASET.

Semak sesebuat pelaburan yang ingin dibuat atau ditawarkan kepada kita, sama ada pelaburan tersebut mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara (BNM) atau mana-mana badan kerajaan dan tidak mempunyai ciri-ciri skim cepat kaya.

Diantara kepentingan memastikan instrumen pelaburan tersebut sah dan mempunyai kelulusan Suruhanjaya Sekuriti , Bank Negara (BNM) atau mana-mana badan kerajaan adalah:

  • Memastikan instrumen atau institusi pelaburan tersebut dipantau.
  • Memastikan polisi dan undang-undang intrumen tersebut diselia dengan baik.
  • Memastikan instrumen pelaburan tersebut mempunyai pemegang amanah bagi pihak pelabur (terpakai bagi instrumen pelaburan tertentu)
  • Penting untuk memastikan pelaburan yang dibuat oleh pelabur dilindungi dan menutup ruang bagi sebarang penipuan dan salah-laku pecah amanah.

Disini saya kongsikan 3 instrumen pelaburan yang selamat untuk tukarkan duit kita menjadi ASET iaitu:

  1. Emas
  2. Hartanah
  3. Saham

Emas

Emas adalah aset berbentuk logam fizikal berharga. Purata kenaikan harga emas bagi 10 tahun adalah sekitar 10% dan emas adalah logam kalis inflasi. Sekarang, pelaburan didalam emas boleh dibuat dengan mudah dan cepat melalui platform digital seperti didalam akaun maybank, hello gold dan public gold.

HARTANAH

Hartanah adalah aset pemilikan terhadap rumah, tanah dan juga kedai. Aset hartanah mempunyai tahap kecairan yang rendah dan sesuai untuk pelaburan jangka panjang melebihi 10 tahun dan memerlukan modal yang besar.

SAHAM

Saham adalah pemilikan didalam sesebuah syarikat berhad yang tersenarai di bursa saham. Memiliki saham sesebuah syarikat, bermaksud memiliki sebahagian dari aset perniagaan syarikat tersebut. Semakin berkembang dan untung sesebuah syarikat tersebut, semakin tinggi nilai sesebuah saham.

Pelaburan Saham

Didalam perkongsian pada kali ini, saya fokus kepada pelaburan didalam saham sebagai salah satu cara bagaimana untuk jadikan duit bekerja untuk kita.

Kita melabur didalam saham apabila kita membeli saham sesebuah syarikat, sebagai contoh saham syarikat Airasia Berhad, secara tidak langsung, kita telah:

  • Memiliki sebahagian dari aset syarikat Airasia
  • Menjadi sebahagian dari pemilik syarikat Airasia

Apabila kita telah menjadi pemilik Airasia, pekerja yang bekerja di Airasia akan bekerja untuk memajukan Airasia dan menjana keuntungan untuk syarikat dan secara langsung, menjana keuntungan untuk kita.

Itulah kaitan secara ringkas bagaimana kita boleh tukarkan sebahagian daripada duit kita menjadi ASET pemilikan didalam perniagaan syarikat tertentu, dan mengembangkan aset tersebut dari masa ke semasa.

Dana Unit Amanah / Unit Trust

Jadi, bagaimana kita nak tukarkan duit kita, kepada aset SAHAM yang bagus dan boleh bekerja untuk kita bagi tempoh 5, 10, 15 tahun dan memberikan pulangan kepada kita?

Nanti kan, kalau tersalah beli saham syarikat yang tak bagus, daripada mengharapkan untung, sebaliknya jadi rugi pula.

Jika kita tidak ada masa untuk belajar dan meneliti syarikat-syarikat yang bagus untuk dilaburkan dan menjana keuntungan kepada kita, kita boleh ambil peluang pelaburan melalui dana unit amanah.

Dana unit amanah adalah dana yang mengumpulkan modal para pelabur secara kolektif, dan dilaburkan didalam saham-saham syarikat oleh Pengurus Dana Profesional bagi pihak pelabur mengikut tujuan atau objektif-objektif tertentu yang ditetapkan.

Anda boleh baca berkenaan Apakah Dana Unit Amanah untuk memahami lebih jelas tentang beberapa aspek penting dana unit amanah.

Dana Public e-Islamic Sustainable Millennial

Dana Public e-Islamic Sustainable Mellennial adalah salah satu contoh dana unit trust dibawah syarikat Public Mutual yang mempunyai kelulusan Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan mempunyai panel penasihat syariah kerana dana ini berada didalam kategori dana patuh syariah.

Objektif dana ini adalah untuk mencapai pertumbuhan modal bagi jangka masa panjang dengan membuat pelaburan didalam syarikat yang membuat pertimbangan kelestarian didalam amalan perniagaan. Dana ini diketagorikan didalam dana ekuiti global.

Diantara negara-negara yang dilaburkan adalah US, Jepun, Australia, German dan Itali.

Buat masa sekarang, 5 pegangan syarikat tertinggi bagi dana ini adalah Apple Inc , Microsoft Corp, Alphabet Inc A, Facebook Inc A , dan Starbucks Corp.

Semua proses pelaburan bagi dana ini akan diuruskan oleh syarikat Public Mutual sebagai syarikat pengurusan, pelabur hanya memantau secara pasif akaun pelaburan sekurang-kurangnya 6 bulan sekali untuk melihat prestasi dana terkini.

Jika anda mempunyai sebarang persoalan, atau berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang dana unit amanah / dana unit trust, boleh bagi nama dan no telefon untuk kami hubungi anda.

No Fields Found.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

My Trust Invest Telegram

Dapatkan info terkini dana unit amanah dan berita pasaran saham semasa dalam telegram channel My Trust Invest secara percuma.

No Fields Found.