Setiap orang mempunyai tahap toleransi risiko yang berbeza dan juga mempunyai minat yang berlainan didalam sudut komposisi risiko pelaburan.

Pastikan risiko yang diambil dijadikan ukuran didalam menentukan pembahagian dana pelaburan kedalam beberapa segmen untuk mengurangkan risiko yang ada.

Diantara beberapa faktor pertimbangan didalam menyusun portfolio anda adalah:

  1. Kelas Saham
  2. Kategori Sektor Saham
  3. Geografi Saham

Kelas Saham

Didalam pasaran saham, secara mudahnya mempunyai 3 kelas utama dibuat.

  • Saham Bluechip / Larga Cap
    Modal Pasaran : lebih RM2 billion
    Pergerakan Harga : Lebih stabil berbanding saham Mid Cap dan Small Cap
    Potensi : Kenaikan yang stabil dan sederhana.
  • Saham Mid Cap
    Modal Pasaran : Diantara RM200 juta hingga RM2 billion
    Pergerakan Harga : Lebih stabil berbanding saham Small Cap
    Potensi : Kenaikan yang tinggi untuk berkembang dan untung.
  • Saham Small Cap
    Modal Pasaran : Kurang dari RM200 juta
    Pergerakan Harga : Pergerakan harga turun naik yang aktif dan besar.
    Potensi : Kenaikan yang tinggi untuk berkembang dan untung.

Anda perlu bahagikan pelaburan didalam ketiga-kiga kategori mengikut komposisi yang sesuai dengan tahap risiko yang boleh diterima untuk memastikan risiko yang ada dikurangkan.

Kategori Sektor Saham

Terdapat beberapa pengkelasan sektor didalam bursa saham. Kebiasaannya setiap dana unit amanah meletakkan fokus terhadap beberapa kategori sektor untuk mengurangkan risiko apabila bergantung hanya kepada sektor-sektor tertentu.

Diantara kategori sektor saham yang ada adalah:

  • Teknologi
    Syarikat-syarikat didalam sektor teknologi terlibat didalam perkhidmatan digital, perisian, semi-konduktor dan peralatan teknologi.
  • Pembinaan
    Syarikat berkaitan pembinaan bangunan komersial, perumahan dan kemudahan awam termasuk jalanraya.
  • Kuasa
    Syarikat berkaitan tenaga, minyak dan gas, dan berkaitan tenaga boleh baru.
  • Produk Konsumer
    Sektor konsumer meliputi syarikat-syarikat pengeluaran makanan, automotif dan kenderaan penumpang, dan berkaitan pelancongan.
  • Telekomunikasi
    Syarikat – syarikat didalam sektor telekomunikasi fokus didalam alatan komunikasi termasuk telefon dan komunikasi satelit.
  • Kesihatan
    Syarikat berkaitan sektor kesihatan termasuklah perkhidmatan hospital, ubat-ubatan dan penjagaan kesihatan awam.
  • Hartanah
    Syarikat yang berkaitan pembangunan hartanah , pengurusan dan jual beli hartanah.
  • Utiliti
    Syarikat berkaitan tenaga elektrik, air dan pengedaran gas.

Geografi Saham

Bursa saham dibahagikan kepada beberapa rantau utama untuk pelaburan. Diantaranya adalah:

  • Dalam Negara (Malaysia)
  • Asia (Regional)
  • Asia Tenggara (Regional)
  • US
  • China
  • Jepun
  • Australia
  • Singapura
  • Global

Setiap negara mempunyai risiko pelaburan yang tersendiri. Didalam pembahagian risiko pelaburan yang dibuat, faktor geografi mestilah diambil kira untuk memastikan pelaburan tidak hanya tertumpu dinegara-negara tertentu sahaja.

Bagi negara maju seperti US, China dan Jepun, pasaran bursa saham disana lebih besar berbanding dengan negara-negara membangun terutama di asia tenggara.

Faktor politik bagi negara-negara tertentu perlu diambil kira apabila membuat pelaburan kerana politik boleh memberi kesan kepada pasaran saham.

Jika anda ingin dapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan risk exposure didalam dana unit amanah ataupun anda mempunyai persoalan, boleh isi nama dan no telefon untuk berhubung dengan perunding unit amanah kami.

No Fields Found.
Haris My Trust Invest

Numbers Speak

Years Experience
1
Unit Trust Funds
1
Account Holder
1 M
Net Asset Value
1 B

Public Mutual Berhad

My Trust Invest Telegram

Dapatkan info terkini dana unit amanah dan berita pasaran saham semasa dalam telegram channel My Trust Invest secara percuma.

No Fields Found.