Cara Kurangkan Loan Kereta Bezza dari RM523 kepada hanya RM323 sebulan

My Trust Invest Jimat Bulanan Kereta Bezza

Pengurusan perbelanjaan bulanan sangat penting dibuat dengan teliti supaya pendapatan yang diperolehi, mencukupi untuk menampung perbelanjaan yang dibuat.

Diantara perbelanjaan bulanan yang penting bagi isi rumah adalah bayaran pinjaman kereta.

Peratusan perbelanjaan bulanan yang disarankan untuk PERBELANJAAN dan HUTANG PINJAMAN adalah dibawah 65% daripada gaji bulanan. Lagi rendah, adalah lagi baik.

Jika anda berkira-kira untuk membeli kenderaan yang lebih selesa, adalah baik untuk anda merancang lebih awal supaya perbelanjaan dapat disusun sebaiknya.

Didalam artikel ini, kami membuat contoh merancang untuk membeli sebuah Kereta Perodua Bezza 1.3 Advance.

Perodua Bezza 1.3 Advance
Harga OTR : RM 48,356.00 (Jun 2021)

Bayaran Bulanan Bezza

Kebiasaannya, untuk membeli kereta, anda boleh membuat pembiayaan pinjaman dengan bayaran muka minimum 10% atau 0% jika dapat. Tempoh pembiayaan boleh dibuat sama ada 5 tahun, 7 tahun atau maksimum 9 tahun.

Untuk pembiayaan pinjaman Perodua Bezza dengan 10% bayaran muka dan tempoh pembiayaan 9 tahun, bayaran bulanan adalah sekitar:

Bayaran Bulanan
Harga Kereta: RM 48,356.00
Bayaran Muka (10%) : RM4,836
Kadar Keuntungan: 3.3% (Anggaran)
Tempoh Bayaran: 9 Tahun
Bulanan: RM523/bulanan

Rendahkan Bayaran Bulanan

Bagaimana anda boleh rendahkan bayaran bulanan pinjaman kereta anda RM523 sebulan tersebut?

Satu-satunya cara untuk anda rendahkan bayaran bulanan anda tersebut adalah dengan membuat bayaran muka yang lebih tinggi, dan merendahkan jumlah pembiayaan pinjaman kereta anda tersebut.

Berapa jumlah yang anda ingin KURANGKAN daripada bayaran bulanan tersebut?

Katakanlah, anda ingin kurangkan RM200 daripada bayaran bulanan tersebut. Jom kita buat kira-kira.

Harga Kereta: RM 48,356.00
Bayaran Muka (45%) : RM21,500
Kadar Keuntungan: 3.3% (Anggaran)
Tempoh Bayaran: 9 Tahun
Bulanan: RM323/bulanan

Sekarang, bayaran bulanan direndahkan sebanyak RM200, menjadikan bayaran bulanan hanya RM323 sebulan dan bayaran muka yang perlu dibuat adalah sebanyak 45% atau RM21,500.00.

Penjimatan

Berapa yang anda boleh jimat daripada membuat bayaran muka yang lebih tinggi ini?

Jom kita kira sama-sama ya.

PerbezaanBayaran Muka 10%Bayaran Muka 45%
Bayaran Muka (A)RM 4,836RM 21,500
Bayaran BulananRM523RM323
Tempoh Bayaran9 Tahun9 Tahun
Jumlah Bayaran
Bulanan (B)
RM 56,484RM 34,884
Jumlah
Keseluruhan
(A+B)
RM 61,320RM 56,384
PenjimatanRM61,320 – RM56,384= RM4,936 ~ 8%

Daripada pengiraan tersebut, anda dapat lihat, sebenarnya anda telah mendapat PENJIMATAN sebanyak RM4,936 atau setinggi 8% jika anda membuat bayaran muka yang lebih tinggi.

Simpanan Bayaran Muka

Apabila anda telah membuat kira-kira, berapa jumlah yang anda perlukan untuk membuat pembayaran muka kereta, anda boleh merancang untuk membuat tabungan bagi jumlah tersebut.

Anda boleh tetapkan lebih awal, bila anda ingin dapatkan kereta tersebut. Lagi awal anda merancang, lagi mudah untuk anda membuat simpanan.

Katakan, anda ingin dapatkan kereta tersebut 5 TAHUN lagi.

Ada 3 cara yang anda boleh buat untuk mencapai tabungan tersebut.

  1. Simpan di akaun simpanan biasa.
  2. Simpan di akaun Tabung Haji (TH)
  3. Laburkan simpanan didalam Dana Unit Amanah.

3 cara tersebut berbeza dari sudut risikonya dan anggaran pulangan. Berapa jumlah simpanan bulanan yang anda perlu buat untuk mencapai jumlah tabungan yang telah ditetapkan adalah berkait dengan anggaran pulangan daripada institusi tersebut.

PerbezaanAkaun Simpanan
Biasa
Akaun THDana Unit Amanah
RisikoTiada RisikoTiada RisikoRisiko Tinggi
Modal DijaminDijaminTidak Dijamin
Jumlah
Tabungan
RM21,500 RM21,500 RM21,500
Anggaran
Pulangan
(Dividen)
0%4%8%
Tempoh
Simpanan
5 Tahun5 Tahun5 Tahun
Simpanan
Bulanan
RM358.33RM323RM292
Jumlah
Simpanan
RM21,500RM19,380RM17,520
Penjimatan
Berbanding
Simpanan
Biasa
RM0RM2,120RM3,980

Daripada jadual perbezaan tersebut, anda dapat lihat, terdapat beberapa pilihan yang ada untuk anda membuat tabungan bagi mencapai matlamat tabungan anda.

Dengan pelaburan di Dana Unit Amanah yang memberi peluang pulangan 8% setahun, mampu menjimatkan jumlah simpanan anda daripada RM21,500 kepada hanya RM17,520 dalam masa 5 tahun. Penjimatan sebanyak 18% daripada jumlah simpanan asal.

Maksimumkan Simpanan

Jika simpanan yang anda ingin buat melebihi 3 atau 5 tahun, sebenarnya anda boleh memilih untuk membuat pelaburan didalam Dana Unit Amanah yang mempunyai purata pulangan yang tinggi melebihi 8% setahun.

Dana Unit Amanah yang sesuai dengan tahap penerimaan risiko akan memberikan pilihan bagi anda untuk mengurangkan jumlah simpanan yang dibuat setiap bulan dan mengembangkan simpanan dengan lebih cepat.

Jika anda kira penjimatan yang anda akan dapat daripada pelaburan awal yang anda buat, dan pembayaran muka yang tinggi untuk pembelian kereta anda, jumlah penjimatan adalah:

Jumlah Penjimatan
= RM 4,936 + RM 3,980
= RM 8,916

Lihat, betapa banyak penjimatan yang anda boleh dapat, daripada perancangan yang baik untuk pembelian kereta anda.

Merancang Perbelanjaan Anda

Daripada kira-kira yang kita buat bersama, anda dapat lihat betapa untungnya membeli kereta dengan membuat simpanan awal.

Kuncinya adalah MENYIMPAN.

Daripada perancangan dan pilihan yang baik, anda boleh mengurangkan PERBELANJAAN bulanan dan sudah tentu anda boleh dapatkan PENJIMATAN daripada TABUNGAN awal yang anda buat.

Jika anda ingin dapatkan maklumat lanjut berkenaan Dana Unit Amanah, anda boleh isikan nama dan no telefon anda untuk perunding dana unit amanah yang bertauliah memberi tunjuk ajar dan panduan kepada anda.

No Fields Found.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

My Trust Invest Telegram

Dapatkan info terkini dana unit amanah dan berita pasaran saham semasa dalam telegram channel My Trust Invest secara percuma.

No Fields Found.